Latar Belakang

Distana Home Bakery telah ditubuhkan pada 2005 di Alor Star, Kedah. Pengasas Home Bakery ini adalah seorang surirumah hasil didikan dan penyertaan dalam kursus pendek anjuran Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Distana Home Bakery mempunyai lima orang pekerja. Waktu operasi Distana Home Bakery ini dalah dari 7.30 pagi hingga 4 petang.

Setelah lima tahun terlibat di dalam bidang perniagaan roti dan kek ini, pengusaha Distana Home Bakery ini iaitu Puan Shamsiah juga telah dijemput sebagai salah seorang tenaga pengajar kursus pendek dalam bidang roti dan kek. Beliau telah mengajar di Kolej Komuniti Bandar Darulaman ini selama hampir dua tahun.